All About Me | ABCya.com

01 July 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Botition telah mengadakan aktiviti “All about me”pada 30 June 2018 bersamaan hari Sabtu. Aktiviti tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan peserta khususnya kanak-kanak sekolah. Ketika aktiviti berlangsung, peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka di dalam Bahasa Inggeris dan mengisi di Layout yang telah tersedia di ABCya.com.

Setelah selesai menjawab soalan mengenai diri mereka, peserta dibenarkan mencetak layout tersebut. Slot Klik Dengan Bijak turut diselitkan sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti bermula pada pukul 2.00 Petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali