“PI Botition World Smile Day”

6 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena Hari Senyum Sedunia, Pusat Internet Botition telah mengadakan aktiviti melukis emoji, melekap dan mewarna serta tayangan video bersama kanak-kanak 12tahun kebawah. Aktiviti ini disertai oleh kanak-kanak dari Kampung Botition dan kampung sekitarnya. Seramai 20 kanak-kanak menyertai aktiviti ini ditemani oleh ibu-ibu mereka.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Hari Senyum Sedunia yang diadakan setiap tahun pada hari Jumaat minggu pertama bulan Oktober. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyebarkan senyuman kepada kanak-kanak agar mereka sentiasa tersenyum dalam menghadapi apa jua cabaran. Aktivit ini bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali