Berita & Aktiviti Terkini


All About Me | ABCya.com

01 July 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Botition telah mengadakan aktiviti “All about me”pada 30 June 2018 bersamaan hari Sabtu. Aktiviti tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan peserta khususnya kanak-kanak sekolah. Ketika aktiviti berlangsung, peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan mengenai diri... baca seterusnya


DIY Mother’s Day Cards

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2018 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung aktiviti membuat kad ucapan sempena Hari Ibu bertempat di Pusat Internet Botition. Aktiviti ini telah menempatkan seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah.... baca seterusnya


Taklimat Kemudahan Pembiayaan dan Pendidikan MARA

22 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, pihak MARA dengan kerjasama PI Botition telah mengadakan taklimat ‘Kemudahan Pembiayaan dan Pendidikan MARA’ di Bilik Latihan PI Botition. Taklimat bermula sekitar pukul 9.00 pagi... baca seterusnya


Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April yang lalu bertempat di Four Points by Sheraton Hotel, Sandakan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di bawah kelolaan Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk... baca seterusnya


Hari Terbuka PI dan Lawatan Rasmi Ketua Menteri Sabah

18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, PI Botition telah mengadakan sambutan Hari Terbuka bagi tahun 2018. Hari terbuka ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet untuk mempromosikan Pusat Internet Botition kepada masyarakat setempat khususnya di Zon Botition... baca seterusnya


Kelas Makeup Dan Penjagaan Kulit (Basic)

12 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lepas PI Botition telah menjemput Puan Maryatie Anthony selaku Personal Make Up Artist (MUA) untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan beliau di dalam bidang yang diceburinya kepada komuniti setempat Kg. Botition. Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas menyertai kelas tersebut........ baca seterusnya


Jejak Digital (Advokasi) Siri 1/2018 SMK Beluran Bestari

11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Program Jejak Digital (Advokasi) Siri 1/2018 SMK Beluran Bestari, telah dilaksanakan pada pukul 8.30AM - 11.00AM bersamaan 10 Februari 2018 bertempat di Dewan Asrama SMK Beluran Bestari. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan keselamatan internet serta membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan remaja sekolah yang selalu terdedah dengan pelbagai masalah dan jenayah siber....... baca seterusnya


Wishing You a Merry Christmas

10 December 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 09 December 2017, PI Botition telah mengadakan aktiviti membuat kad ucapan sempena perayaan Krismas menggunakan Microsoft Publisher. Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta diberi kebebasan sama ada membuat kad melalui template yang tersedia atau mengikuti kreativiti sendiri...... baca seterusnya


Perlawanan Bola Sepak Bersama Kelab Belia Kg. Perancangan

16 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2017, PI Botition telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama Kelab Belia Kg. Perancangan. Pihak PI Botition diwakili oleh belia Kampung Botition yang terdiri daripada ahli dan bukan ahli PI. Perlawanan yang bertempat di padang Sekolah kebangsaan Perancangan ini bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. ....... baca seterusnya


Perbincangan Bersama Guru Besar SK Botition

27 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

PI Botition telah mengadakan sesi perbincangan ringkas bersama En. Meliton; Guru Besar SK. Botition. Agenda utama sesi perbincangan ini adalah untuk memperkenalkan PI Botition secara terperinci kepada warga SK. Botition....... baca seterusnya



Ramah Mesra Masjid Ar-Ratib

7 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Oktober 2017, staff PI Botition telah terlibat di dalam satu gotong-royong yang diadakan oleh Ahli JawatanKuasa Masjid Ar-Ratib. Gotong-royong tersebut bertujuan untuk menyediakan dan mengagihkan makanan kepada penduduk yang datang menunaikan solat Jumaat di masjid Ar-Ratib........ baca seterusnya


Taklimat Bersama Pemimpin Masyarakat Zon Botition

19 September 2017 | Aktiviti Terkini

PI Botition telah mengadakan sesi taklimat bersama pemimpin masyarakat Zon Botition pada 18 September 2017. Antara pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam taklimat ini ialah Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Basai......... baca seterusnya



Pengenalan Asas Komputer

09 September 2017 | Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Asas Komputer yang diadakan di Bilik Latihan PI Botition pada hari Jumaat ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2 petang. ......... baca seterusnya